greenline Penilaian Kompetensi Kemahiran Pembinaan
 

 

Program penilaian ini direka bentuk menguji tenaga kerja pembinaan yang sedia ada pada kecekapan mereka dalam skop kerja semasa dan / atau bidang kepakaran mereka. Ia adalah bertujuan untuk memastikan bahawa tenaga kerja dari semua industri ialah mahir untuk memenuhi tuntutan-tuntutan yang berubah dengan pesat dan teknologi yang semakin canggih, seperti dikehendaki oleh Act 520.

 

 

Makluman

Akta (520) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (pindaan) 2011 telah diluluskan oleh parlimen dan telah ditandatangani oleh YB Menteri Kerjaraya untuk dikuatkuasakan.


Petikan Akta CIDB

33A. (1) tiada penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir boleh terlibat atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakredit dan diperakukan oleh lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh lembaga di bawah akta ini.

 
33A. (6) mana-mana orang yang mengambil mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir yang tidak diakreditkan dan diperakukan oleh lembaga untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 5,000.00.

 

 

Cara Memohon:
Pekerja Binaan Tempatan

 
Pekerja Binaan Asing

  • Lengkapkan borang UAP/2013 dan sertakan borang berikut: 
    • Satu salinan kad pengenalan 
    • Satu salinan kad hijau CIDB yang masih sah tempoh laku
  • Sila hantar borang yang lengkap ke ABM yang berdekatan
 
  • Lengkapkan borang UAP/2013 dan sertakan borang berikut:
    • Satu salinan pas lawatan (kerja sementara) 
    • Satu salinan passport yang sah
    • Satu salinan kad hijau CIDB yang masih sah tempoh laku
  • Sila hantar borang yang lengkap ke ABM yang berdekatan