SCAFFOLD ERECTION

Kelayakan Dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir dan layak berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). JKKP berhak untuk menentukan syarat pendaftaran mengikut kesesuaian.


Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja / bengkel dan asas bantuan kecemasan
  • Pemilihan komponen perancah
  • Amalan-amalan keselamatan diri / persekitaran / peralatan di tapak binaan
  • Kerja-kerja pembinaan perancah jenis putlog, independent, tower, birdcage dan trestle
  • Mengangkat dan menurunkan komponen perancah secara manual dan mekanikal
  • Pemasangan perancah komponen keselamatan / sistem tupang
  • Menanggalkan komponen keselamatan / sistem tupang
  • Menanggalkan perancah jenis putlog, independent, tower, birdcage dan trestle


Syarat Permohonan

  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Tamat Tingkatan 3
  • Berumur 17–35 tahun bagi Program Belia
  • Berumur 18–55 tahun bagi Program Personel Binaan
  • Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan
  • Memiliki sijil Tahap 1 (SCF1) atau setaraf atau berdaftar dengan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja (JKKP)