SCAFFOLD ERECTION

Kelayakan Dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir dan layak berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). JKKP berhak untuk menentukan syarat pendaftaran mengikut kesesuaian.


Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja / bengkel dan asas bantuan kecemasan
  • Menyediakan komponen dan kelengkapan perancah.
  • Mendiri dan memasang tangga rangkak, perancah bebas dan perancah putlog.
  • Mendiri dan memasang struktur laluan/tanjakan dan jaring keselamatan.
  • Menanggalkan perancah bebas, perancah menara (mudahalih / statik), perancah tresel, scaffolding with return, sangkar burung, jaring keselamatan dan perancah putlog.
  • Mengalihkan laluan, tanda keselamatan perancah dan sangkar burung perancah.

 


Syarat Permohonan

  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Tamat Tingkatan 3
  • Berumur 17–35 tahun bagi Program Belia
  • Berumur 18–55 tahun bagi Program Personel Binaan
  • Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan

scf1