PLUMBING A2

Kelayakan Dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihandan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir dan layak untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). SPAN berhak untuk menentukan syarat pendaftaran mengikut kesesuaian.


Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja / bengkel dan asas bantuan kecemasan
  • Penyediaan tapak
  • Menjalankan pemasangan paip air
  • Menjalankan pemasangan perpaipan sanitari
  • Menjalankan pemasangan tangki air
  • Menjalankan ujian & Pentauliahan
  • Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan
  • Menjalankan fungsi penyeliaan


Syarat Permohonan

  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Tamat Tingkatan 3
  • Berumur 17–35 tahun bagi Program Belia
  • Berumur 18–55 tahun bagi Program Personel Binaan
  • Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan

spp2