ROOF TRUSS INSTALLATION (STEEL)

Kelayakan Dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.


Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja / bengkel dan asas bantuan kecemasan
  • Menyediakan aktitivi di kawasan kerja seperti kawasan penyimpanan sementara, memunggah bahan-bahan, ruang pendakap atau plat asas permukaan dinding, menyusun kekuda.
  • Melakukan pemasangan kekuda bumbung
  • Jajaran dan meluruskan kekuda bumbung
  • Lakukan penetapan struktur bumbung
  • Aktiviti pengemasan

Penilaian

Di akhir kursus ini, peserta akan dinilai atas kemahiran dan pengetahuan mereka.


Syarat Permohonan

  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Tamat Tingkatan 3
  • Berumur 17–35 tahun bagi Program Belia
  • Berumur 18–55 tahun bagi Program Personel Binaan
  • Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan

rtl1