MOTOR GRADER OPERATION

Kelayakan Dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.



Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/bengkel dan asas bantuan kecemasan
  • Ikut arahan kerja dan peraturan keselamatan semasa atau sebelum operasi.
  • Melaksanakan kerja meratakan tanah, penggredan, penggalian parit, memotong, membersihkan tapak kerja dengan produktiviti maksimum
  • Menjalankan prosedur penyelenggaraan harian mengikut manual operasi.
  • Mengenalpasti keadaan merbahaya tapak seperti halangan atas dan saluran bawah tanah
  • Melaksanakan aktiviti mengendali Motor Grader menurut manual operasi


Syarat Permohonan

  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
  • Berumur 21–35 tahun bagi Program Belia
  • Berumur 21–55 tahun bagi Program Personel Binaan
  • Sekurang-kurangnya memiliki Lesen Memandu Kelas ‘L’ dan keutamaan diberikan kepada pemegang Lesen Kelas ‘D’
  • Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan

grm2