TRACK DOZER OPERATION

Kelayakan Dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.


Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/bengkel dan asas bantuan kecemasan
  • Melaksanakan aktiviti menyodok, umpilan /win, membuat parit, mengambus balik, membersih tanah, menyodok cerun dan meratakan tanah.
  • Menjalankan prosedur penyenggaraan harian menurut manual operasi.
  • Mengenal pasti keadaan berbahaya di tapak seperti halangan atas dan saluran bawah tanah.
  • Melaksanakan aktiviti mengendali trek penyodok menurut manual operasi


Syarat Permohonan

  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
  • Berumur 21–35 tahun bagi Program Belia
  • Berumur 21–55 tahun bagi Program Personel Binaan
  • Sekurang-kurangnya memiliki Lesen Memandu Kelas ‘L’ dan keutamaan diberikan kepada pemegang Lesen Kelas ‘D’
  • Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan

dzt2