Font Size

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Program Latihan Kemahiran Pekerja Binaan

Untuk memastikan pekerja binaan yang dihasilkan adalah berkualiti dijalankan secara produktif dan cekap CIDB menggalakkan supaya semua pekerja binaan sedia ada yang tiada kemahiran supaya menjalani latihan kemahiran.  Latihan kemahiran yang disediakan menggunakan modul latihan yang menepati standat kemahiran pekerjaan kebangsaan (NOSS) yang setaraf dengan standart kemahiran antarabangsa.  Mereka boleh menjalani latihan ini disalah sebuah daripada 6 pusat latihan kemahiran CIDB dikenali sebagai Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang terletak diseluruh Negara.  Pekerja yang Berjaya menamatkan latihan kemahiran ini akan diberikan sijil kecekapan kemahiran CIDB yang mengesahkan kemahiran mereka.